top of page
Cari

BUAT LUKISAN DENGAN MUDAH

  • Writer: hobiphotoshop
    hobiphotoshop
  • 6 Jun 2024
  • 2 min membaca

Updated: 17 Jun 2024


Bentuk asas kasut


Lukisan adalah sesuatu yang tidak asing lagi di dalam kehidupan kita. Sama ada anda seorang yang memiliki bakat dalam melukis atau pun tidak, kesemua orang dikurniakan sifat seni di dalam diri mereka.


Cuma yang membezakan adalah, tahap kemampuan melukis sesorang itu yang akan menentukan hasil lukisan.


Tetapi, berdasarkan pengalaman penulis, penulis telah menjumpai beberapa faktor-faktor yang menyebabkan seseorang itu tidak mampu melukis dengan baik.


Antara faktor yang ramai orang abaikan ketika melukis adalah elemen bentuk. Ramai orang mengabaikan elemen ini sebelum menghasilkan sesuatu lukisan. Bentuk yang dimaksudkan adalah, bentuk-bentuk asas seperti silinder, piramid, cube, dan lain-lain.


Bentuk-bentuk asas ini lah yang akan membantu anda untuk memahami struktur dan isipadu sesuatu objek, bagi memudahkan anda menentukan lukisan objek anda. Bentuk-bentuk asas ini adalah seperti berikut :


bentuk asas

Istilah "bentuk" juga bermakna sesuatu itu mempunyai isipadu. Sebagai contoh, cube dan square adalah dua benda yang sentiasa disalah faham.


Ramai orang menganggap kedua-dua nya adalah sama. Tetapi sebenarnya, square adalah segi empat sama yang tiada isipadu. Manakala, cube adalah segi empat sama yang mempunyai isipadu.


Dalam menghasilkan lukisan objek yang baik, anda perlu mengenalpasti terlebih dahulu bentuk-bentuk asas objek yang anda ingin lukis. Contohnya seperti di bawah :-



bentuk asas bas

Apabila ingin melukis sebuah bas, anda dapati bentuk asas nya ialah box yang memanjang ke belakang.



bentuk asas botol

Apabila ingin melukis sebuah botol, anda dapati bentuk asas nya ialah gabungan 2 silinder. 1 silinder di kepala botol & 1 silinder pada badan botol.



bentuk asas kereta

Apabila ingin melukis kereta, anda dapati, kereta adalah objek yang terbina oleh beberapa bentuk asas iaitu silinder ( tayar & lampu depan), box memanjang ( badan ), separuh prisma ( cermin depan & cermin belakang )



Jangan terkejut ya, penulis jugak mendapati, golongan yang berkecimpung di dalam bidang lukisan juga kadang-kadang gagal dalam memberi penekanan kepada elemen bentuk ini.


Apakah yang dimaksudkan penulis tentang "bentuk" ini ? Secara ringkasnya, jika kita ingin melukis sesuatu objek, kita perlu pecahkan objek tersebut kepada beberapa bentuk asasnya terlebih dahulu. Setelah memahami bentuk-bentuk asas yang membina keseluruhan objek tersebut, barulah proses melukis objek tersebut akan menjadi lebih mudah.


Secara tidak langsung, objek yang dilukis akan kelihatan lebih logik atau tepat dari segi bentuknya. Inilah antara faktor penting dalam menghasilkan satu lukisan yang baik. Tanpa memberi perhatian kepada faktor ini, penulis mendapati agak sukar seseorang itu untuk melukis dengan baik.


Jika anda ingin kuasai elemen bentuk ini di dalam lukisan anda, kami ada kongsikan tutorial yang lebih terperinci di saluran Youtube kami. Anda boleh klik gambar di bawah :-


Thumbnail Siri Mudah Melukis

Anda juga boleh follow kami di pautan berikut :-








 
 
 

Comments


HUBUNGI KAMI

Kelas Photoshop,

Hobi Photoshop

Kuala Lumpur, Malaysia, 

​​

Tel: 0176140561

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • YouTube
bottom of page