
Tentang KAMI
Assalamua'laikum & salam sejahtera semua, kami merupakan penggiat di dalam bidang grafik & kreatif selama lebih 10 tahun.
Mempunyai latarbelakang pendidikan sains tulen ketika zaman sekolah, dan seterusnya melanjutkan pendidikan ke IPTA di dalam bidang rekabentuk grafik.
​
Minat mendalam terhadap bidang grafik & kreatif, menyebabkan kami bersungguh untuk menghasilkan design merangkumi pelbagai cabang. Ini termasuk, rekabentuk grafik, 3D design, motion graphic dan visual effects.
​
Antara software yang kami berkebolehan untuk menggunakannya adalah seperti Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, Adobe After Effects & Autodesk Maya.
​
Pada pemerhatian kami, software Photoshop menjadi popular dikalangan orang ramai. Itu menyebabkan kami membuat keputusan untuk mewujudkan channel YouTube ini, dimana kami membimbing orang awam dari peringkat asas, untuk mahir dengan penggunaan software Adobe Photoshop.
​
Walaupun anda zero, anda boleh mahir Photoshop dengan mengikuti tutorial step by step kami di saluran YouTube tersebut.
Kami mempunyai 1 misi iaitu, selepas kami rasa cukup dengan perkongsian ilmu tentang Photoshop, kami ingin berkongsi ilmu-ilmu software lain juga di channel tersebut.
Ini merupakan impian kami untuk mengembangkan channel tersebut dengan lebih jauh, agar channel tersebut dapat membimbing orang ramai untuk pandai & mahir di dalam penggunaan software - software editing.
Jika anda berminat, anda boleh lawati channel kami tersebut melalui link di bawah. Jangan lupa subscrice & LIKE ya (^^ )
​